Latar belakang Igor_Karkaroff

Kewarganegaraan Igor Karkaroff tidak dapat dipastikan. Dia bertutur tanpa pelat asing, tetapi pakaian musim dingin Durmstrang, mantel berbulu, kelihatan seolah-olah pakaian tradisional Nordik yang sering dikaitkan dengan pakaian kebesaran Ushanka Rusia.

"Igor" adalah nama yang tidak umum dipakai diluar Russia, Ukraine dan Belarusia. "Karkaroff", adalah variasi nama keluarga yang sering ditemui di Bulgaria.

Dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire, Karkaroff yang dilakonkan oleh Predrag Bjelac kelihatan serupa dengan Grigori Rasputin, berasal dari Siberia. Loghat Karkaroff dalam filem dan tingkah lakunya – terutama dari caranya memeluk Dumbledore, yang dikenal dengan nama "bearhug" – menunjukkan bahawa, paling tidak, dia terpengaruh dengan budaya Rusia.

Watak Harry Potter